Sunday, July 4, 2010

Aktiviti Bulan Januari...



Puan Rosezelenda Binti Abd. Rahman selaku guru kelas kami telah mengadakan lawatan ke Kuala Lumpur.. Kami pergi ke Taman Herba Universiti Putra Malaysia, Serdang selama satu hari.. Disana kami diterangkan mengenai tumbuh-tumbuhan organik..Daripada cara mengenali tumbuhan sehinggalah cara penjagaan selepas penanaman..




Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Pusat Sains Negara..





Sebelum pulang ke Melaka..Kami singgah ke Beryl's Chocolate House..





Tarikh : 31 Januari 2010

Kami bersama guru kelas kami datang ke sekolah untuk membersihkan kelas..Kami menghias kelas sebaik mungkin untuk memenangi Anugerah KEJORA..



Saturday, July 3, 2010

Pengenalan Mengenai Kelas Kami


Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembuka kata. Izinkan kami memperkenalkan diri..

Kami mempunyai seorang ibu..Namanya Puan Rosezelenda Binti Abd. Rahman.. Orangnya cantik dan manis sekali. Sifat tegas dan kasih sayang beliau membuat kami berasa bangga terhadap beliau..
Beliau mengajar kami subjek Biologi. Beliau juga seorang yang ceria dan happy go lucky..

Mengenai kami pula :
Kelas 4 Beta mempunyai 31 orang pelajar.. 12 orang pelajar perempuan dan 19 orang pelajar lelaki.. Kelas kami mempunyai 22 orang Melayu 10 cina dan 2 India..





--- Penerangan daripada mak kesayangan kami ---

Friday, July 2, 2010

Pencapaian Pelajar

Berikut merupakan pencapaian bagi pelajar 4 BETA 2010 SMK Ayer Keroh.

Sempena minggu Koperasi, Sains Matematik , Teknik & Vokasional ini, kelas 4 Beta terlibat dengan pameran Sains..Kami membuat eksperimen melihat organ dalaman katak dan eksperimen mengenai kandungan vitamin C dalam minuman (jus)..



Eksperimen Menguji Kandungan Vitamin C Dalam Minuman (jus)






Dalam minggu ini juga, dibawah Teknik & Vokaokasional telah mengadakan 'street futsal'..Sebahagian pelajar kelas kami telah melibatkan diri dalam pertandingan ini..2 pasukan lelaki & 1 pasukan perempuan..Walaupun kedua-dua pasukan lelaki tidak dapat melayakkan diri ke peringat akhir tetapi kami tidak berputus asa kerana pasukan perempuan akan tetap bermain sehinggga ke peringkat akhir..